Tuesday, 27 October 2015

MENGURUS AKTIVITI KERJA ( PRA-IPLOMA TAHUN 2 ) - STRATEGI MENYELESAIKAN MASALAH





1. PENGENALAN
    • Setiap masa dan setiap hari kita menyelesaikan masalah dan membuat keputusan tidak kira dimana kita berada :) di rumah , temoat kerja , bila bermain atau di kedai runcit sekali pun :D Walau bagaimnapun, penyelesaian masalah merupakan satu seni kerana tiada satu pendekatan yang universal dalam menyelesaikan masalah. Pada asasnya seorang itu perlu menerokai pelbagai cara dalam menyelesaikan suatu masalah sampai menemukan jalan yabg terbaik.

2. KENAL PASTI MASALAH 
Pertimbangkan persoalan dibawah :
  • Apakah masalahnya ?
  • Adakah ia masalah saya ?
  • Adakah saya mampu menyelesaikannya ?
  • Adakah ia memerlukan penyelesaian yang segera ?
  • Adakah ia boleh diselesaikan dengan sendirinya ?
  • Adakah ia akan menjadi bertambah besar sekiranya saya mengabaikannya ?
3. MENGANALISIS SEBAB-SEBAB
  • Sebaik sahaja masalah dikenal pasti seterusnya perlu menganalisa penyebabnya. Analisis ke atas penyebab kepada permasalahan sepatutnya menjurus kepada penyelesaianya. 
  • Pertimbangkan persoalan dibawah :
#Apakah seba atau sebab-sebab kepada permasalahan tersebut ?

4. MEMBINA PENYELESAIAN ALTERNATIF
  • Lihat pada masalah perspektif yang berbeza, cuba dapatkan perspektif baru yang anda tidak pernah terfikirkan. 
  • Sebaik sahaja semua penyelesaian alternatif disenaraikan, perlu ada sikap terbuka kepada setiap kemungkinan. Berikan tumpuan kepada :
  1. Perlu lebih maklumat ''Need More Informations''
  2. Penyelesaian baru 
  3. Boleh digabung atau dibuang
  4. Akan bertemu suatu yang berlawanan
  5. Kelihatan seperti memberi harapan atau mengujakan
5. MEMILIH DAN MELAKSANAKAN PENYELESAIAN YANG TERBAIK
  • Penyelesaian pertama yang difikirkan tidak semestinya penyelesaian yang terbaik walaupun ia diterima oleh semua. Adalah lebih baik sekiranya penyelesaian terbaik dipilih berdasarkan kriteria yang ditetapkan:
  • Pertimbangkan persoalan dibawah :
  1. Adakah kelebihan dan kekurangan setiap penyelesaian dikenal pasti ?
  2. Adakah maklumat yang diperlukan boleh didapati dalam membuat keputusan memilih penyelasaian alternatif terbaik ?
  • Membina perancangan untuk perlaksanaan.
  1. Proses langkah demi langkah atau tindakan daam menyelesaiakan masalah 
  2. Mengenal pasti sumber atau peruntukan 
  3. Jangkamasa perlaksanaan
6. MENILAI KESAN SESUATU PENYELESAIAN 

  • Peringkat terakhir dalam menyelesaiakan masalah ialah menilai kesan penyelesaianya.
  • Penilaian penyelesaian berguna sama ada kesimpulannya positif atau negatif.
  • Kita tidak seharusnya menganggap bahawa hanya dengan melalui langkah langkah yang sebelumnya tindakan yang dilaksanakan akan menyelesaikan masalah.

No comments:

Post a Comment