Monday 26 October 2015

MENGURUS AKTIVITI KERJA ( PRA-DIPLOMA TAHUN 2 ) - MENETAPKAN OBJEKTIF DAN MATLAMAT

 SEMESTER PENDEK =
SEMESTER 4
TAJUK MODUL =
MENGURUS AKTIVITI KERJA
KEUPAYAAN =
SET AND REVISE OWN OBJECTIVITIES AND GOALS
OBJEKTIF MODUL =
AT THE END OF THIS MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO SET AND REVISE OWN OBJECTIVES AND GOALS.
NO. KOD =
CES 401
1.     DEFINISI MATLAMAT
·         Keadaan dimana sesuatu perancangan perlu dicapai. Ia juga merujuk kepada hasil yang dicapai apabila sesuatu perlakuan dapat diselesaikan.
1.1          Menetapkan matlamat yang berkesan
                             i.        Pernyataan positif
                            ii.        Memastikan ketepatan
                          iii.        Menetapkan keutamaan
                           iv.        Mencatat matlamat untuk mengelakkan kekeliruan dan memberikan mereka keutamaan yang lebih
                            v.        Memastikan jumlah matlamat operasi adalah kecil
1.2         Menetapkan prestasi, bukannya hasil matlamat
·         Anda harus berhati hati untuk menetapkan matlamat dimana anda mempunyai kawalan yang sangat maksimum dan tidak ada yang lebih melemahkan semangat selain dari kegagalan untuk mencapai matlamat peribadi.
·         Jika anda menetapkan matlamat prestasi anda untuk mencapai masa yang tertentu, maka anda akan mencapai matlamat dan boleh berpuas hati dan menjadi yakin diri hasil dari pencapaian tersebut.
1.3         Menetapkan matlamat khusus
Ø  Jika anda mencapai semua syarat matlamat tersebut, maka anda boleh berasa yakin dan selesa dengan pencapaian tersebut.
1.4         Menetapkan matlamat yang realistic
·         Penetapan matlamat yang tidak realistic mungkin berlaku atas sebab-sebab berikut :
ü  Orang lain
ü  Maklumat yang tidak mencukupi
ü  Sentiasa mengharap prestasi terbaik
ü  Kurang rasa hormat terhadap diri sendiri
1.5         Menetapkan matlamat yang terlalu rendah
·         Matlamat boleh ditetapkan terlalu rendah kerana:
ü  Perasaan takut atau kegagalan
ü  Mengambil jalan mudah
1.6         Menetapkan matlamat tahap yang betul
ü  Ia adalah kemahiran yang diperolehi melalui pengalaman.
ü  Anda perlu mendapatkan matlamat yang boleh dicapai
ü  Perlu menyedari bahawa tanggapan sesuatu matlamat itu tidak realistic adalah tidak betul sama sekali.
ü  Factor peribadi seperti keletihan, komitmen lain dan keperluan untuk berehat perlu di ambil perhatian apabila sesuatu matlamat ditetapkan.
1.7         Memikirkan matlamat secara terperinci
·         Apabila anda memikirkan bagaimana untuk mencapai matlamat, anda perlu menganjukan soalan berikut agar dapat membantu anda untuk memberi tumpuan kepada sub-matlamat yang lain
Ø  Apakah kemahiran yang saya perlukan untuk mencapai matlamat ini?
Ø  Apakah maklumat dan pengetahuan yang saya perlukan?
Ø  Apakah bantuan atau kerjasama yang saya perlukan?
Ø  Apakah sumber yang saya perlukan?
Ø  Apakah yang boleh menghalang sebuah kemajuan?
Ø  Adakah saya sedang membuat andaian?
Ø  Adakah terdapat cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu?
2.    DEFINISI OBJEKTIF
·         Objektif adalah satu kenyataan tentang apa yang akan dilakukan dan perlu dinyatakan dari segi keputusan.
2.1         Penulisan objektif yang bermakna
·         Walaupun peraturan ini adalah sukar untuk dibangunkan, berikut mungkin berguna semasa menulis objektif.
ü  Mulakan suatu tindakan atau pencapaian kata kerja.
ü  Kenal pasti hasil tunggal utama bagi setiap objektif
ü  Nyatakan anggaran tarikh siap
ü  Pastikan matlamat yang ditetapkan adalah suatu yang boleh dikawal
ü  Untuk menguji kesahihan matlamat SMART, Tanya diri anda soalan soalan berikut:
Ø  S = Apakah matlamat saya yang sebenarnya?
Ø  M = Apakah bentuk kerja yang baik?
Ø  A = Adakah matlamat saya boleh dicapai?
Ø  R = Adakah matlamat saya bermakna?
Ø  T = Adakah matlamat saya boleh dikesan?
v  Persamaan berikut mungkin berguna dalam penulisan objektif :
OBJEKTIF : Untuk ( + kata kerja + penetapan matlamat + tarikh lahir )

<3 Good Luck For What Ever You Did
J May Allah Bless Us J

No comments:

Post a Comment