Sunday 26 April 2015

GAMBAR CARA KOMUNIKASI YANG BAIK


KEPENTINGAN KOMUNIKASI

1-      Memahami Dunia Sekitar dan Manusia Lain
2-                  Menjalin Hubungan
3-                  Memberi Inspirasi
4-                  Meleraikan konflik
Kesimpulannya, kejayaan sesuatu organisasi atau kepimpinan Islam, adalah bergantung kepada pendekatan yang digunakan melalui komunikasi sama ada baik atau buruk. Jika komunikasi yang digunakan adalah ke arah positif, maka sesebuah organisasi itu akan menjadi kuat dan berjaya. Begitulah juga disebaliknya. Justeru, masyarakat perlulah menggunakan komunikasi yang baik demi menjaga kepentingan dalam kepimpinan Islam.


CARA KOMUNIKASI

KOMUNIKASI YANG BAIK
-Tahu apa yang di bincangkan
-Perbezaan bahasa
-Berusaha memberi kefahaman
-Berbincang
-Mengambil peluang
-Komunikasi susulan
-Pendengar yang baik

KOMUNIKASI DALAM KUMPULAN KECIL
-Perbincangan
-Percambahan fikiran
-Mesyuarat

Perlaksanaan Mesyuarat
A=Set Objektif B=Buat agenda C=Edar agenda D=Adakan mesyuarat
E=Tangguh mesyuarat F=Ikuti perkembangan

PROTOKOL KOMUNIKASI

PROTOKOL KOMUNIKASI
-Ia dipengaruhi oleh protocol yang perlu diikuti mengikut pangkat & status
PEKERJA BAWAHAN
-Komunikasi hendaklah jelas dan boleh disampaikan dalam bentuk arahan dan memo PENYELIA ATASAN
-Perlu dijelaskan dalam bentuk taklimat @ perbincangan
MEMPERBAIKI CARA BERKOMUNIKASI
-Keberkesanan percakapan
-Membina keyakinan diri
-Bahasa yang sesuai & jelas
-Mentafsirkan maklumat secepat mungkin
-Meningkatkan perbendaharaan kata dan tatabahasa

RINTANGAN KOMUNIKASI
-Tanggapan berbeza
-Perbezaan bahasa
-Komunikasi tidak kekal
-Kebisingan
-Keadaan emosi
-Keadaan emosi
-Tiada keyakinan

KOMUNIKASI SECARA EFEKTIF

Antara kaedah utama dalam berkomunikasi ialah:
 -Mendengar dengan baik penting untuk membantu pemahaman yang lebih tepat.

Kaedah mendengar yang berkesan
-Bertanya & Meminta penjelasan
-Beri maklumbalas
-Tumpukan perhatian
-Angguk
-Bersabung mata
-Membongkok ke hadapan
-Catit / Rekod
-Ringkaskan

Tiga jenis pendengaran
-Mendengar secara efektif
* Mencari topik yang berkaitan
* Menilai kandungan
* Memberi tumpuan

-Pendengar yang tidak efektif
* Tidak fokus kepada topic
* Tidak mendengar
* Tidak memberi respon

-Pendengar yang efektif
* Sentiasa mendengar dengan teliti
* Menilai kandungan
* Aktif mendengar & memberi respon

Membaca secara efektif
-Fokus kepada topik yang penting
-Menilai maklumat
-Scanning
-Pemerhatian yang tajam
-Baca secara terperinci

Komunikasi intra personal
-Membaiki diri
-Pembangunan diri
-Pembangunan fikiran
-Bermulanya komunikasi

Komunikasi inter personal
-Komunikasi sesorang dengan seorang yang lain atau lebih daripada seorang

Jenis komunikasi
-Arahan
-Menganalisa mesej
-Mendapatkan maklumat
-Memikirkan teknik teknik yang sesuai

Kaedah mendapatkan maklumat
-Pembelajaran
-Rujukan
-Perbincangan
-Pemerhatian

Bahan komunikasi
-Analisis situasi
-Dapat maklumat
-Buat persiapan

Jenis Format Bahan komunikasi
-Angka & Fakta
-Sampel atau gambarajah
-Penerangan
-Visual aid
-Pergerakan badan

Wednesday 22 April 2015

LAPISAN OSI

Pengenalan kepada lapisan OSI - OSI adalah standard komunikasi yang ditetapkan di dalam jaringan komputer - Standard itulah yang menyebabkan seluruh alat komunikasi dapat saling berkomunikasi melalui jaringan. - Model referensi OSI menggambarkan bagaimana maklumat dari satu aplikasi di komputer yang lain Kebaikan OSI - Memecahkan operasi system rangkaian yang kompleks supaya mudah diselenggarakan - Memudahkan pembangunanperkakasan ‘’plug and play’’ Kelemahan OSI - Lapisan OSI bersifat teoritis dan tidak benar-banar melakukan fungsi yang sebenarnya - Implementasi dalam dunia industry jarang memiliki hubungan yang sama persis dengan lapisan pada OSI layer Lapisan TCP/IP - Lapisan TCP/IP berasaskan model referensi tujuh lapis OSI, tetapi menggunakan model referensi - Lapisan TCP/IP terbahagi kepada 4 jenis lapisan iaitu:  Lapisan ke-4: Application • Berfungsi menyediakan perhidmatan terhadap software yang berjalan pada komputer  Lapisan ke-3: Transport • Berfungsi menyediakan perhidamatan yang akan digunakan oleh lapisan Application  Lapisan ke-4: Internet • Berfungsi penyedia fungsi IP Adressing, routing akan menentukan laluan  Lapisan pertama: Network access • Berfungsi mendefinisikan protocol dan hardware yang digunakan dalam pengiriman data

PELAN RANGKAIAN - update -

PELAN RANGKAIAN : 

Pada hari khamis bersamaan 5 JANUARI 2015, kelas kami mempelajari tentang pelan rangkaian. Tujuan kami mempelajarinya pelan rangkaian ini ialah mentafsir pelan susun. Hal ini kerana, kami dapat mengetahui dimana penyusunan kabel-kabel rangkaian yang kami akan lakukan. Selain itu, kami juga dapat menentukan perancangan susun atur iaitu ‘layout plan’ rangkaian komputer yang sesuai. Akhir sekali kami akan mentafsir symbol rangkaian komputer.

1.0. pengenalan kepada pelan rangkaian : 

pelan rangkaian ini ialah pemilihan tempat untuk mendirikan sebuah makmal komputer yang akan dibina. Oleh itu, perkara utama yang harus diberikan perhatian sebelum membawa masuk peralatan ke dalam makmal komputer ialah melihat reka bentuk dalaman makmal komputer tersebut. Selain itu, layout ataupun pelan adalah amat penting dalam pembangunan sistem rangkaian komputer. Ia dapat membantu dan memudahkan lagi untuk melihat kedudukan perkakasan yang akan dimasukkan ke dalam makmal komputer. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan kita untuk menentukan keluasan ruang akan diukur dan dapt mengesan kerosakan dengan cepat.

2.0. 3 jenis pelan yang utama perlu disediakan. 
# Floor Plan ( Pelan Lantai ).
# Cabling and Network Infrastructure Layout.
# Electrical Infrastructure Layout.

 2.1. Floor Plan Layout. - Adalah satu pelan yang menerangkan keadaan dalam sesebuah bilik atau bangunan yang akan dipasang dengan sistem rangkaian.

 2.2. Cabling & Network Infrastructure Layout. - Adalah satu pelan yang menerangkan keadaan pengkabelan sistem rangkaian dalam bilik atau bangunan tersebut.

 2.3. Electrical Infrastructure Layout. - Merupakan satu pelan yang digunakan berasaskan pelan lakaran pendawaian dan juga pelan lantai.

INSTALL COMPUTER NETWORK CABLING : 
Tujuan kami mempelajari ini ialah, intended to describe on using computer network layout plan, standard operating procedures, computer network system documentation, computer network cables, network connectors, network tools.

PENGENALAN KABEL KOMPUTER.

kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yamg lain.

5 JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN DI DALAM RANGKAIAN. 
I. kabel tidak berlapik pasangan berpintal ( unshielded twisted pair “UTP”)
II. Kabel berlapik pasangan berpintal ( shielded twisted pair “STP” )
III. Kabel sipaksi ( coaxial )
IV. Kabel fiber optic
V. penghantaran tanpa wayar ( Wireless Transmission )

 a) UNSHIELDED TWISTED PAIR (UTP). 
- kabel pasangan berpintal ( twisted pair )
hadir dalam dua bentuk :
1. Berlapik ( shielded )
2. Tidak berlapik ( unshielded )

KATEGORI KABEL UTP KATEGORI KABEL KEGUNAAN 
Kategori 1 ( Cat 1 ) Kualitas suara analog
Kategori 2 ( Cat 2 ) Transmisi suara digital hingga 4 megabit perdetik
Kategori 3 ( Cat 3 ) Transmisi data digital hingga 10 megabit perdetik
Kategori 4 ( Cat 4 ) Transmisi data digital hingga 16 megabit perdetik
Kategori 5 ( Cat 5 ) Transmisi data digital hingga 100 megabit perdetik Enchanced category 5 ( Cat 5e ) Transmisi data digital hingga 250 megabit perdetik

 b) KABEL KOAKSIAL ( COAXIAL ) 
- kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah.

 PENYAMBUNGAN KABEL KOAKSIAL. 
1. Penyambungan yang sesuai digunakan dengan kabel koaksial ialah BAYONENEIL-COUNCELMAN ( BNC )
2. Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambungan BNC dan ini termasuklah connector, pemula & pemutas litar ( Terminator )
3. Penyambungan bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu rangkaian

 c) KABEL FIBER OPTIK - 
pengkabelan fiber optic mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah. Selain itu, kabel ini dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung dan ia menghantar cahaya & bukannya isyarat elektronik & mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik. Selain itu, jaket luar pelindung diperbuat daripada telefon atau PVC dan fiber Kevlar ini membantu memperkuatkan kabel & menghalangnya daripada patah. Terdapat satu lapisan plastic bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah. Selain itu, wayar yang berada di tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik atau kaca.

PENYAMBUNGAN FIBER OPTIK. 
1. Penyambungan yang lazim digunakan dengan kabel fiber optic ialah penyambung ST. ia berbentuk barel & hampir sama dengan penyambung BNC.
2. Satu lagi penyambung yang baru di perkenalkan ialah SC & kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama & lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.

 d) PENGHANTARAN TANPA WAYAR. 
- Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan transmisi @ penghantaran tanpa kabel. Selain itu, penghataran cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi @ sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja & fail pelayan. Bukan itu saja, setiap stesen kerja & fail pelayan yang mempunyai satu penghantaran isyarat @ antenna bagi membolehkan data dihantar dan diterima.

 TERDAPAT BEBERAPA TIPS YANG PERLU KITA LAKUKAN SEMASA MELAKUKAN PENGKABELAN ANTARANYA : 
1. Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari yang diperlukan. Jangan terlalu longgar atau terlalu tegang kabel tersebut.
2. Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel. Walaupun kabel yang baru tidak semestinya ia tidak bemasalah dan adalah sukar untuk mengesan masalah tersebut nanti.
3. Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan lain yang bergelombang elektrik.
4. Jika perlu kabel merentangi lantai, tutuplah kabel tersebut dengan penutup kabel yang selamat.
5. Labelkan kedua-dua pemula & penhujung kabel.
6. Gunakan pengikat kabel yang betul & bukannya pengikat kabel plastic sebagai contoh salotep bagi mengelakkan kabel pada kedudukannya yang sebenar.


INSTALL COMPUTER DEVICE DRIVER

INSTALL COMPUTER DEVICE DRIVER - Satu perisian dibenarkan oleh syarikat Microsoft Windows untuk berkomunikasi dengan seluruh perkakasan dalam sesebuah system komputer SUT PERISIAN - Microsoft Office - Adobe KELEBIHAN - Suites perisian adalah lebih murah berbanding membeli sesuatu perisian secara berasingan - Semua aturcara menggunakan antaramuka yang serupa dan berkongsi alatan yang sama oleh itu meningkatkan produktiviti - Aturcara juga boleh di import oleh aturcara lain KELEMAHAN - Tidak semua kemudahan digunakan oleh pengguna - Memerlukan ruang storan yang besar - Kos untuk menaiktaraf ke versi terbaru adalah tinggi

BAHAN YANG DIGUNAKAN UNTUK SELENGGARA

- Penyedut habuk  Ianya digunakan untuk menyedut kekotoran seperti habuk - Kain pengelap dan span  Ianya digunakan untuk mengelap kekotoran di sekeliling casing mahupun di bagahagikan yang diperlukan seperti di bahagian casing monitor dsb - Berus cat  Ianya digunakan untuk menyapu dan membuang habuk di bahagian yang sukar dilakukan oleh vakum - Cecair pencuci  Ianya digunakan sebagai bahan peluntur kotoran di bahagian luaran seperti casing komputer, pencetakan monitor, papan kekunci, tetikus dan pada bahagian lain yang bersesuian - Putik kapas  Ianya digunakan untuk membersihkan kekotoran kepada pemacu cakera liut jika berlaku kekotoran yang sukar di bersihkan oleh disket - Pemadam pensil  Ianya digunakan untuk membersihkan kotoran di bahagian pengalir arus di bahagian kad-kad kawalan - Pengalir bumi  Ianya digunakan untuk mengalirkan cas badan kita ke bumi - Pembersih pemacu CD-ROM  Ianya digunakan untuk membersihkan pemacu CD-ROM PENJAGAAN MONITOR - Penjagaan perkakasan komputer perlu dilakukan secara berterusan - Guna tisu atau kain lembap - Vakum lubang udara dengan dibantu berus kecil - Ubah suis kecerahan dan kontras di panel monitor ke tahap sederhana - Jarakkan monitor dan dinding sebesar 20 cm untuk lalua

PROJEK

PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN PROJEK - Pengurusan projek merupakan satu pengurusan yang melibatkan, pembangunan, perubahan, dan inovasi dalam kerja operasi. Ia merangkumi aktviti seperti merancang dan pengawalan suatu projek dengan di sempurnakan dalam tempoh masa yang di tetapkan. - Pengurusan projek merupakan suatu disiplin dalam merancang, mengatur, menyelaras serta mengurus sumber-sumber bagi tujuan mencapai serta menjayakan matlamat serta objektif yang ditetapkan bagi perlaksanaan suatu projek. DEFINISI PROJEK - Projek di definisikan sebagai satu aktiviti operasi yang wujud hanya sekali-sekala dalam tempoh masa yang tertentu. - Projek merupakan aktiviti yang besar dan akan mempengaruhi masa depan syarikat. Contohnya, seperti projek pembinaan kemudahan, bangunan kilang, pusat membeli belah dan pemasangan system komputer. PENGURUSAN PROJEK ICT - Pengurusan projek ict merupakan proses pengurusan dan prosedur dalam satu tempoh masa, sumber dan tahap kualiti yang di tetapkan bagi menghasilkan satu atau lebih produk ict. KATEGORI PROJEK ICT - Projek ict merupakan projek pengkomputeran yang melibatkan salah satu atau gabungan jenis-jenis projek ict berikut:  Kajian ict  Perancangan strategic ict  Pembanguna system aplikasi  Perolehan perkakasan dan perisian komputer  Peningkatan system ict  Perluasan system ict  Pengukuhan ict KOMPONEN UTAMA DALAM PERLAKSANAAN SESUATU PROJEK ICT - Beberapa komponen utama yang perlu diberi perhatian dalam aspek pembangunan projek ict adalah:  Punca kuasa yang merujuk kepada keputusan rasmi serta kuasa meluluskan perlaksanaan projek  Struktur tadbir urus bagi tujuan kawalan dan pemantauan sepanjang tempoh hayat sesuatu projek termasuk keahlian dsb MENGUKUR KEJAYAAN PERLAKSANAAN SESUATU PROJEK ICT - Projek ict dikatakan Berjaya apabila ia dapat di selasaikan dalam tempoh masa yang ditetapkan, memenuhi kualiti dan mematuhi kehendak pengguna serta berdasarkan kos yang telah diperuntukkan ELEMEN – ELEMEN PENGURUSAN PROJEK - Secara umumnya sesuatu projek biasanya memerlukan komponen-komponen dan kemahiran untuk memudahkan perjalanan suatu projek supaya dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan sempurna. PERANCANGAN - Perancangan projek meliputi aktiviti untuk menetukan objektif projek. Ia bertujuan untuk memudahkan pengurus projek dan pasukan projek untuk menjalankan sesuatu projek. Dalam sesetengah keadaan aktiviti perancangan ini akan disenaraikan dalam bentuk dokumen yang formal yang dikenali sebagai skop projek. PERANCANGAN STRATEGI - Pihak atasan perlu menyediakan perancangan strategi yang mengandungi objektif bagi keseluruhan organisasi dengan skop yang meluaskan dan merupakan perancangan untuk jangka panjang seperti 5 hingga 10 tahun. PERANCANGAN OPERASI - Perancangan adalah bertujuan untuk:  Memberi arah dan tujuan sebuah organisasi  Menyelaraskan semua aktiviti dalam organisasi  Mengurangkan masalah berterusan yang tidak dijangkakan  Mengelakkan pembaziran kerja yang berulang

Monday 6 April 2015

TAJUK/TITLE : INSTALL NETWORK OPERTING SYSTEM

TUJUAN/PURPOSE:
This Information Sheet is intended to determine type of Network Operating System (NOS), NOS functions, NOS specifications, NOS requirement, install NOS using Windows Server 2012, configure Windows Server 2012 and testing Windows Server 2012 installation.
PENERANGAN/INFORMATION:
1.0    PENGENALAN
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian adalah adalah sebuah jenis sistem operasi yang ditujukan untuk mengendalikan sistem rangkaian. 
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian.
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik
-      Umumnya, sistem pengoperasian ini terdiri atas banyak perkhidmatan yang ditujukan untuk melayani pengguna, seperti perkhidmatan perkongsian fail, perkhidmatan berkongsi alat pencetak (printer), DNS, HTTP dan sebagainya.
2.0    FUNGSI NOS
-      Menghubungkan sejumlah komputer dan peralatan yang lain dalam sebuah sistem jaringan.
-      Mengelolakan sumber jaringan.
-      Menyediakan layanan / perkhidmatan dalam rangkaian.
-      Menyediakan kemudahkerjaan dalam suatu jaringan bagi beberapa pengguna.
-      Mengendalikan sumber dirinya sendiri juga untuk mengendalikan sumber-sumber komputer lain yang berada dalam rangkaian.
3.0    CIRI-CIRI NOS
1)  Menyediakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing)
2)  Menyediakan perkhidmatan setakan atau printing services
3)  Menyediakan perkhidmatan keselamatan
4)  Menyediakan perkhidmatan aplikasi atau application services
4.0    JENIS-JENIS NOS
Sesuai fungsi komputer pada sebuah rangkaian, maka jenis rangkaian komputer dibezakan menjadi dua jenis rekabentuk rangkaian iaitu:
1)   Rangkaian peer to peer
2)   Rangkaian client - server
4.1    Rangkaian peer to peer
-      Setiap komputer yang dihubungkan pada rangkaian dapat berkomunikasi dengan komputer-komputer lain secara langsung tanpa melalui komputer perantara.
-      Pada rangkaian ini sumber terbahagi pada seluruh komputer yang dihubungkan dalam rangkaian tersebut, baik dari sumber daya yang berupa perkakasan mahupun perisian dan datanya
-      Komputer yang dihubungkan dalam rangkaian peer to peer pada dasarnya mampu untuk bekerja sendiri sebagai sebuah komputer stand-alone.
-      Jenis rangkaian seperti ini sesuai untuk membina sebuah kumpulan kerja di mana setiap penguna komputer boleh saling berkongsi dalampenggunaan peranti keras.
-      Membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, fail dan kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain.
-      Setiap komputer berfungsi sebagai client dan juga server.
-      Juga dikenali sebagai workgroup. Workgroup menggambarkan kumpulan yang kecil.

KEBAIKAN PEER TO PEER
1.    Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2.          Sistem - Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

KEBURUKAN PEER TO PEER
1.    Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
2.          Keselamatan - Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.

4.2    Rangkaian client-server
-      Terdapat sebuah komputer berfungsi sebagai server sedangkan komputer yang lain berfungsi sebagai client
-      Komputer server berfungsi dan bertugas melayani seluruh komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut.
-      Sedangkan komputer client (workstation) sesuai dengan namanya menerima lanyanan dari komputer server 
-      Membolehkan rangkaian memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server.
-      Kelebihan: keupayaan untuk memasuki server daripada platform yang berbeza.
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.
-      Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.
-      Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan.
-      Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

KEBAIKAN CLIENT-SERVER
1.    Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2.    Memenuhi keperluan - ManaUana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3.    Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4.    Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

KEBURUKAN CLIENT-SERVER
1.    Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2.    Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
3.     Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.



Keperluan membina rangkaian client-server

1.    Suatu komputer sebagai pusat data yang disebut sebagai fail-server.
2.    Komputer sebagai tempat kerja yang disebut sebagai stesen kerja.
3.    Peralatan rangkaian seperti network interface card, hub dan lain.
4.    Media penghubung antarkomputer.
5.    System operasi rangkaian seperti Windows 2000 server, Windows 2003 server, windows NT server, NetWare, unix, dan lain-lain.
6.    System operasi untuk stesen kerja seperti DOS, Windows 3.1x, windows 9x, Windows NT workstation, Windows XP, dan lain-lain.

Fungsi Komputer Server

1.    Melayani dan mengawal seluruh rangkaian.
2.    Melayani permintaan-permintaan daripada komputer stesen kerja.
3.    Mengawal hubungan komputer satu dengan komputer yang lain, termasuk hubungannya dengan peranti-peranti lain yang terdapat di dalam rangkaian.

Perkhidmatan Komputer Server

1.    Cakera sharing, berupa penggunaan kapasiti cakera secara bersama pada komputer client.
2.    Print sharing, iaitu berupa penggunaan alat pencetak secara bersama-sama.
3.    Penggunaan peranti-peranti lain secara bersama, demikian pula dengan data dan sistem aplikasi yang ada.
4.    Menetapkan keselamatan rangkaian dan data dalam rangkaian.
5.    Mengatur dan mengawal hak dan masa akses peranti-peranti yang ada dalam rangkaian.

Pemilihan Komputer Server
1.    Sistem operasi yang digunakan.
2.    Sistem aplikasi yang akan dijalankan.
3.    Seni bina rangkaian yang diterapkan.
4.    Jumlah komputer stesen kerja dalam rangkaian yang dilayani.
5.    Kemampuan dan daya tahan beroperasi dalam jangka masa tak terhad.
6.    Kompatibelitas terhadap produk rangkaian lain.
7.    Sokongan teknikal dari vendor peranti tersebut.

5.0     ASAS SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1)      Windows Based
2)      Unix Based
3)      Linux Based

 5.1    Window Based
-      Kecenderungan pembangunan sistem pengoperasian dewasa ini membawa ke paparan grafik dengan gambaran yang menarik.
-      Sebagai contoh sistem operasi yang dibangunkan oleh Microsoft dengan produknya iaitu:
ü  Windows NT
ü  Windows 2000 Server
ü  Windows 2003 Server
ü  Windows 2008 server
ü  Windows 2012 server
-      Sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh Microsoft mempunyai lesen komersial maknanya untuk menggunakan sistem pengoperasian rangkaian dari Microsoft kita perlu membayar lesen atau dengan membeli, sesuai dengan keperluan dan perjanjian antara pengguna dengan syarikat.

5.2     Unix Based

-      Selain Microsoft syarikat yang membangunkan system pengoperasian rangkaian adalah Unix.
-      Unix atau UNIX adalah sebuah sistem pengoperasian komputer yang bermula dari project Multics pda tahun 1965
-      UNIX direka sebagai Sistem pengoperasian yang portable, multi-tasking dan multi-user.
-              Sistem pengoperasian Unix digunakan secara luas baik sebagai server atau stesen kerja.
-      Seni bina Unix dan model client / server merupakan elemen yang paling penting dalam perkembangan internet dan mengubah proses pengkomputeran secara terpusat dalam rangkaian dari pada proses tunggal di komputer.
-      Linux, merupakan sistem pengoperasian yang diguna pakai dari Unix dan tersedia secara bebas mendapat populariti sebagai alternatif dari sistem operasi proprietary seperti Microsoft Windows.
5.3     Linux Based

-      Salah satu sistem pengoperasian rangkaian yang dibangunkan secara percuma adalah Linux.
-      Sistem pengoperasian Linux menyediakan dua pilihan iaitu mode text dan mode grafik.
-      Hal ini menjadikan linux boleh berjalan pada mesin komputer yang mempunyai spesifikasi perkakasan yang rendah.
-      Linux dibangunkan pertama kali oleh Linus Torvalds mengusung projek open source dengan lesen GNU / GPL (General Public Licence) iaitu suatu lesen dimana pemilik program tetap memegang haknya tetapi orang lain mungkin untuk menyebarkan, mengubahsuai, atau bahkan menjual kembali program tersebut tetapi dengan syarat source code asal harus disertakan dalam pengedaran.
-      Dengan konsep ini semua orang boleh ikut membangunkan sistem pengoperasian dan perisian berasaskan Linux.
-      Linux telah lama dikenali untuk penggunaannya di server, dan disokong oleh syarikat-syarikat komputer ternama seperti Intel, Dell, Hewlett-Packard, IBM, Novell, Oracle Corporation, Red Hat, dan Sun Microsystems.
-      Linux digunakan sebagai sistem pengoperasian di berbagai macam jenis peranti keras komputer, termasuk komputer meja, komputer super, dan sistem benam seperti pembaca buku elektronik, sistem permainan video (PlayStation 2, PlayStation 3 dan XBox), telefon bimbit dan router.
- Contoh-contoh sistem pegoperasian Linux:
ü    Ubuntu
ü    Fedora
ü    Mandriva
ü    Slackware
ü    Debian
ü    CentOS
ü    Red Hat