SEMESTER PENDEK=
PRA-DIPLOMA TAHUN 2 SEMESTER 4
MODUL=
09 MENGURUS AKTIVITI KERJA
KEBOLEHAN=
04.01 : ORGANIZE OWN WORK ACTIVITIES
OBJEKTIF=
AT THE END OF THE MODULE, TRAINEES WILL BE ABLE TO ORGANIZE OWN WORK ACTIVITIES.
CODE NO=
CES 401
1.0 MEMAHAMI SKOP KERJA:
Ø Mengenal pasi tugasan yang akan dilakukan, kerja kerja dan tanggungjawab yang diberikan.
Ø Tajuk kerja mestilah menunjukkan dengan jelas fungsi sesuatu tugasan yang akan dilaksanakan.
Ø Matlamat kerja perlu menerangkan tugasan secara menyeluruh dengan jelas.
Ø Ia perlu menyatakan apa yang perlu dilakukan, bagaimana ia dilakukan dan tujuan sesuatu tugas dilaksanakan.
2.0 MENGENAL PASTI HASIL YANG DIKEHENDAKI DAN MASALAHNYA
Ø Kenal pasti syarat-syarat dan sumber sumber berkaitan yang diperlukan untuk setiap langkah kerja.
Ø Menyatakan dengan jelas apa dan bila hasil kerja itu hendak dicapai.
Ø Produktiviti pekerja adalah ukuran pencapaian kecekapan dan keberkesanan seorang pekerja dalam suatu pekerjaan.
3.0 MEMAHAMI TEKNOLOGI ATAU KAEDAH YANG SESUAI
Ø Apabila di teliti sebuah organisasi dan bagaimana ia beroperasi dapat dilihat ia merangkumi ribuan tugasan. Setiap kerja yang dilakukan tidak sepatutnya berkembang dengan sendiri. Ia perlu dirangka dengan teliti supaya menepati permintaan yang sentiasa berubah.
3.1 Perluasan Kerja (Job Enlargement)
o Perancangan kerja menjurus kepada menjadikan kerja kerja lebih kecil dan khusus. Kerja kerja yang sangat focus dan khusus mewujudkan cabaran yang lebih besar untuk memotivasikan pekerja.
3.2 Pengayaan Pekerja (Job Enrichment)
o Pengayaan pekerjaan meningkat kefahaman dalam sesuatu kerja iaitu tahap kawalan seorang pekerja ke atas kerja yang mereka lakukan.
3.3 Model Ciri Ciri Kerja (Job Charascteristics Model/JCM)
o Model ciri ciri kerja (JCM) menawarkan rangka kerja yang dimaksudkan. Beberapa perkara dikenalpasti iaitu 5 ciri ciri asas kerja, hubungan dan impak ke atas produktiviti, motivasi dan kepuasan kerja.





4.0 MENETAPKAN KEUTAMAAN KERJA
Kenal pasti apa yang hendak dilakukan
- Memastikan hasil kerja yang hebat ialah dengan mengetahui apa yang perlu dilakukan. Bahagian menumpukan 3 perkara iaitu menjelaskan minat anda, memahami kekuatan dan kelemahan anda serta mengenalpasti kerja anda dan apa yang diperlukan untuk mendapatkan hasil kerja yang hebat.
4.0 Melakukan apa yang anda minat.
o Sekiranya anda mengetahui dengan jelas apa yang anda suka dan tidak suka, anda akan mampu melaksanakan tugas dengan lebih berkesan.
4.1 Tumpuan Kepada Kekuatan Diri
o Ia adalah salah satu cara dengan menjalankan analisis Strength, Weakness, Opportunities, Threat. Analisis ini merupakan satu pendekatan untuk menilai kekuatan dan kelemahan serta peluang dan ancaman yang anda akan hadapi.
4.2 Memahami Bagaimana Untuk Cemerlang Dalam Pekerjaan Anda.
Tanyakan diri anda dengan soalan soalan berikut:








Sekiranya anda mempunyai jawapan untuk persoalan di atas, anda akan tahu bagaimana untuk melakukan kerja dengan betul.
Terdapat 3 cara dalam menetukan keutamaan dalam kerja anda:



5.0 TEKNIK PENGURUSAN MASA YANG EFEKTIF
o Pengurusan masa bukan sahaja bermaksud menguruskan masa kita. Ia adalah juga mengenai pengurusan diri kita sendiri.
o Mengetahui setiap elemen penting di agar anda memahami cabaran dalam pengurusan masa.






o Kelebihan Pengurusan Masa
i. Menghapuskan penangguhan kerja
ii. Sentiasa berada dalam kawalan
iii. Mengurangkan tekanan
iv. Melengkapkan lebih kerja dan meningkatkan kejayaan
v. Menikmati masa luang yang ada
6.0 TANGGUNGJAWAB DAN AKAUNTABILITI DALAM PEKERJAAN
6.1 Bertanggungjawab
o Memberikan yang terbaik dalam melaksanakan setiap tugasan yang diberikan
o Mengetahui hadnya
o Mengetahui objektif dan matlamat organisasi
o Menghormati dan mematuhi kerja
o Memahami bahawa ketua mempunyai hak untuk membuat keputusan
o Setiap orang bertanggungjawab ke atas kejayaan organisasi
6.2 Akauntabiliti
o Seorang yang mempunyai jawatan yang dipertanggungjawabkan ke atas sesuatu tugasan perlu bertanggungjawab dalam memastikan yang ia dapat disiapkan mengikut masa dan ketetapan yang ditetapkan.







No comments:
Post a Comment