Thursday 22 May 2014

JENIS-JENIS PERISIAN - Perisian komputer terbahagi kepada dua jenis iaitu :

  • Perisian sistem
  • Aturcara yang mengurus dan menyokong sumber, operasi sistem dan rangkaian komputer. Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu aturcara sistem pengurusan  (system management programs) dan aturcara sistem pembangunan (system development programs).
     
    • Perisian aplikasi
    Aturcara yang mengenalpasti aktiviti pemprosesan untuk menyelesaikan tugas-tugas atau masalah-masalah tertentu. Antara contoh-contoh perisian aplikasi adalah hamparan elektronik (electronic spreadsheet), dan pemproses perkataan (word processing). Ia terbahagi kepada dua bahagian iaitu “general purpose application programs” dan “application-specific programs”.

    FUNGSI-FUNGSI PERISIAN - Fungsi yang paling kritikal adalah bekerja terus dengan perkakasan.

  • Mengurus sumber-sumber komputer
  • Menyediakan alatan untuk membolehkan sumber-sumber digunakan
  • Bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan maklumat yang tersimpan di dalam komputer.
  •  
     

    Thursday 15 May 2014

    PERISIAN UTILITI ( PELATIH sistem komputer & rangkaian KVLD)

    DEFINISI
         - Definisi Perisian Utiliti bermaksud, ia merujuk kepada perisian sokongan atau bantuan yang berperanan membantu memastikan kelancaran perkakasan komputer, sistem pengendalian dan perisian penggunaan. Perisian Utiliti juga telah lama disepadukan dengan kebanyakan sistem pengendalian yang utama.