Monday 6 April 2015

TAJUK/TITLE : INSTALL NETWORK OPERTING SYSTEM

TUJUAN/PURPOSE:
This Information Sheet is intended to determine type of Network Operating System (NOS), NOS functions, NOS specifications, NOS requirement, install NOS using Windows Server 2012, configure Windows Server 2012 and testing Windows Server 2012 installation.
PENERANGAN/INFORMATION:
1.0    PENGENALAN
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian adalah adalah sebuah jenis sistem operasi yang ditujukan untuk mengendalikan sistem rangkaian. 
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) mengawal dan menguruskan semua aktiviti yang dijalankan oleh pelbagai komputer di sepanjang rangkaian.
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian (NOS) ini bertindak sebagai pengarah bagi memastikan perjalanan rangkaian ini dapat berjalan dengan sempurna dan bersistematik
-      Umumnya, sistem pengoperasian ini terdiri atas banyak perkhidmatan yang ditujukan untuk melayani pengguna, seperti perkhidmatan perkongsian fail, perkhidmatan berkongsi alat pencetak (printer), DNS, HTTP dan sebagainya.
2.0    FUNGSI NOS
-      Menghubungkan sejumlah komputer dan peralatan yang lain dalam sebuah sistem jaringan.
-      Mengelolakan sumber jaringan.
-      Menyediakan layanan / perkhidmatan dalam rangkaian.
-      Menyediakan kemudahkerjaan dalam suatu jaringan bagi beberapa pengguna.
-      Mengendalikan sumber dirinya sendiri juga untuk mengendalikan sumber-sumber komputer lain yang berada dalam rangkaian.
3.0    CIRI-CIRI NOS
1)  Menyediakan perkhidmatan perkongsian fail (file sharing)
2)  Menyediakan perkhidmatan setakan atau printing services
3)  Menyediakan perkhidmatan keselamatan
4)  Menyediakan perkhidmatan aplikasi atau application services
4.0    JENIS-JENIS NOS
Sesuai fungsi komputer pada sebuah rangkaian, maka jenis rangkaian komputer dibezakan menjadi dua jenis rekabentuk rangkaian iaitu:
1)   Rangkaian peer to peer
2)   Rangkaian client - server
4.1    Rangkaian peer to peer
-      Setiap komputer yang dihubungkan pada rangkaian dapat berkomunikasi dengan komputer-komputer lain secara langsung tanpa melalui komputer perantara.
-      Pada rangkaian ini sumber terbahagi pada seluruh komputer yang dihubungkan dalam rangkaian tersebut, baik dari sumber daya yang berupa perkakasan mahupun perisian dan datanya
-      Komputer yang dihubungkan dalam rangkaian peer to peer pada dasarnya mampu untuk bekerja sendiri sebagai sebuah komputer stand-alone.
-      Jenis rangkaian seperti ini sesuai untuk membina sebuah kumpulan kerja di mana setiap penguna komputer boleh saling berkongsi dalampenggunaan peranti keras.
-      Membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat, fail dan kebenaran kemasukan (access) untuk berkongsi maklumat daripada komputer lain.
-      Setiap komputer berfungsi sebagai client dan juga server.
-      Juga dikenali sebagai workgroup. Workgroup menggambarkan kumpulan yang kecil.

KEBAIKAN PEER TO PEER
1.    Kos dapat dikurangkan - fail pelayan yang dedikasi tidak diperlukan
2.          Sistem - Satu sistem operasi contohnya Window 95 sudah sememangnya ada di dalam sistem operasi. Oleh yang demikian, ia hanya perlu dibentuk semual bagi membolehkan sistem pengopersian sesama pelanggan beroperasi.

KEBURUKAN PEER TO PEER
1.    Tidak berpusat - Tidak ada keselarasan bagi fail dan aplikasi
2.          Keselamatan - Tidak menyediakan ciri-ciri keselamatan bagi pelayan-pelanggan rangkaian.

4.2    Rangkaian client-server
-      Terdapat sebuah komputer berfungsi sebagai server sedangkan komputer yang lain berfungsi sebagai client
-      Komputer server berfungsi dan bertugas melayani seluruh komputer yang terdapat dalam rangkaian tersebut.
-      Sedangkan komputer client (workstation) sesuai dengan namanya menerima lanyanan dari komputer server 
-      Membolehkan rangkaian memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam file server.
-      Kelebihan: keupayaan untuk memasuki server daripada platform yang berbeza.
-      Sistem Pengoperasian Rangkaian membenarkan rangkaian tersebut memusatkan fungsi dan aplikasi di dalam satu atau lebih fail pelayan yang dedikasi.
-      Fail pelayan menjadi nadi kepada sesebuah sistem, menyediakan laluan ke pelbagai sumber dan turut menyediakan ciri-ciri keselamatan.
-      Stesen kerja individu boleh menggunakan sumber-sumber yang terdapat di dalam fail pelayan.
-      Sistem pengoperasian rangkaian ini turut menyediakan mekanisma yang membolehkan intergrasi di antara semua komponen dan membenarkan pelbagai pengguna berkongsi sumber maklumat yang sama walaupun berada di beberapa kedudukan fizikal yang berlainan.

KEBAIKAN CLIENT-SERVER
1.    Berpusat - Keselamatan sumber dan data dikawal oleh fail pelayan.
2.    Memenuhi keperluan - ManaUana elemen dan dokumen boleh dialihkan secara berasingan mengikut tahap keperluan yang meningkat.
3.    Fleksibel - Teknologi dan perisian yang terkini dengan mudah dapat dimasukkan ke dalam sistem.
4.    Interoperasi - Semua komponen termasuk pelanggan, rangkaian dan fail pelanggan bekerja bersama-sama.

KEBURUKAN CLIENT-SERVER
1.    Perbelanjaan - Memerlukan pelaburan yang banyak di dalam mendapatkan fail pelayan yang dedikasi.
2.    Penyenggaraan – Rangkaian yang besar memerlukan sejumlah staff yang menjamin kecekapan operasi.
3.     Permasalahan - Apabila fail pelayan mengalami masalah, segala operasi akan turut tergugat dan bermasalah.



Keperluan membina rangkaian client-server

1.    Suatu komputer sebagai pusat data yang disebut sebagai fail-server.
2.    Komputer sebagai tempat kerja yang disebut sebagai stesen kerja.
3.    Peralatan rangkaian seperti network interface card, hub dan lain.
4.    Media penghubung antarkomputer.
5.    System operasi rangkaian seperti Windows 2000 server, Windows 2003 server, windows NT server, NetWare, unix, dan lain-lain.
6.    System operasi untuk stesen kerja seperti DOS, Windows 3.1x, windows 9x, Windows NT workstation, Windows XP, dan lain-lain.

Fungsi Komputer Server

1.    Melayani dan mengawal seluruh rangkaian.
2.    Melayani permintaan-permintaan daripada komputer stesen kerja.
3.    Mengawal hubungan komputer satu dengan komputer yang lain, termasuk hubungannya dengan peranti-peranti lain yang terdapat di dalam rangkaian.

Perkhidmatan Komputer Server

1.    Cakera sharing, berupa penggunaan kapasiti cakera secara bersama pada komputer client.
2.    Print sharing, iaitu berupa penggunaan alat pencetak secara bersama-sama.
3.    Penggunaan peranti-peranti lain secara bersama, demikian pula dengan data dan sistem aplikasi yang ada.
4.    Menetapkan keselamatan rangkaian dan data dalam rangkaian.
5.    Mengatur dan mengawal hak dan masa akses peranti-peranti yang ada dalam rangkaian.

Pemilihan Komputer Server
1.    Sistem operasi yang digunakan.
2.    Sistem aplikasi yang akan dijalankan.
3.    Seni bina rangkaian yang diterapkan.
4.    Jumlah komputer stesen kerja dalam rangkaian yang dilayani.
5.    Kemampuan dan daya tahan beroperasi dalam jangka masa tak terhad.
6.    Kompatibelitas terhadap produk rangkaian lain.
7.    Sokongan teknikal dari vendor peranti tersebut.

5.0     ASAS SISTEM PENGOPERASIAN RANGKAIAN
Terbahagi kepada 3 jenis iaitu:
1)      Windows Based
2)      Unix Based
3)      Linux Based

 5.1    Window Based
-      Kecenderungan pembangunan sistem pengoperasian dewasa ini membawa ke paparan grafik dengan gambaran yang menarik.
-      Sebagai contoh sistem operasi yang dibangunkan oleh Microsoft dengan produknya iaitu:
ü  Windows NT
ü  Windows 2000 Server
ü  Windows 2003 Server
ü  Windows 2008 server
ü  Windows 2012 server
-      Sistem pengoperasian yang dibangunkan oleh Microsoft mempunyai lesen komersial maknanya untuk menggunakan sistem pengoperasian rangkaian dari Microsoft kita perlu membayar lesen atau dengan membeli, sesuai dengan keperluan dan perjanjian antara pengguna dengan syarikat.

5.2     Unix Based

-      Selain Microsoft syarikat yang membangunkan system pengoperasian rangkaian adalah Unix.
-      Unix atau UNIX adalah sebuah sistem pengoperasian komputer yang bermula dari project Multics pda tahun 1965
-      UNIX direka sebagai Sistem pengoperasian yang portable, multi-tasking dan multi-user.
-              Sistem pengoperasian Unix digunakan secara luas baik sebagai server atau stesen kerja.
-      Seni bina Unix dan model client / server merupakan elemen yang paling penting dalam perkembangan internet dan mengubah proses pengkomputeran secara terpusat dalam rangkaian dari pada proses tunggal di komputer.
-      Linux, merupakan sistem pengoperasian yang diguna pakai dari Unix dan tersedia secara bebas mendapat populariti sebagai alternatif dari sistem operasi proprietary seperti Microsoft Windows.
5.3     Linux Based

-      Salah satu sistem pengoperasian rangkaian yang dibangunkan secara percuma adalah Linux.
-      Sistem pengoperasian Linux menyediakan dua pilihan iaitu mode text dan mode grafik.
-      Hal ini menjadikan linux boleh berjalan pada mesin komputer yang mempunyai spesifikasi perkakasan yang rendah.
-      Linux dibangunkan pertama kali oleh Linus Torvalds mengusung projek open source dengan lesen GNU / GPL (General Public Licence) iaitu suatu lesen dimana pemilik program tetap memegang haknya tetapi orang lain mungkin untuk menyebarkan, mengubahsuai, atau bahkan menjual kembali program tersebut tetapi dengan syarat source code asal harus disertakan dalam pengedaran.
-      Dengan konsep ini semua orang boleh ikut membangunkan sistem pengoperasian dan perisian berasaskan Linux.
-      Linux telah lama dikenali untuk penggunaannya di server, dan disokong oleh syarikat-syarikat komputer ternama seperti Intel, Dell, Hewlett-Packard, IBM, Novell, Oracle Corporation, Red Hat, dan Sun Microsystems.
-      Linux digunakan sebagai sistem pengoperasian di berbagai macam jenis peranti keras komputer, termasuk komputer meja, komputer super, dan sistem benam seperti pembaca buku elektronik, sistem permainan video (PlayStation 2, PlayStation 3 dan XBox), telefon bimbit dan router.
- Contoh-contoh sistem pegoperasian Linux:
ü    Ubuntu
ü    Fedora
ü    Mandriva
ü    Slackware
ü    Debian
ü    CentOS
ü    Red Hat

No comments:

Post a Comment