Wednesday 22 April 2015

PELAN RANGKAIAN - update -

PELAN RANGKAIAN : 

Pada hari khamis bersamaan 5 JANUARI 2015, kelas kami mempelajari tentang pelan rangkaian. Tujuan kami mempelajarinya pelan rangkaian ini ialah mentafsir pelan susun. Hal ini kerana, kami dapat mengetahui dimana penyusunan kabel-kabel rangkaian yang kami akan lakukan. Selain itu, kami juga dapat menentukan perancangan susun atur iaitu ‘layout plan’ rangkaian komputer yang sesuai. Akhir sekali kami akan mentafsir symbol rangkaian komputer.

1.0. pengenalan kepada pelan rangkaian : 

pelan rangkaian ini ialah pemilihan tempat untuk mendirikan sebuah makmal komputer yang akan dibina. Oleh itu, perkara utama yang harus diberikan perhatian sebelum membawa masuk peralatan ke dalam makmal komputer ialah melihat reka bentuk dalaman makmal komputer tersebut. Selain itu, layout ataupun pelan adalah amat penting dalam pembangunan sistem rangkaian komputer. Ia dapat membantu dan memudahkan lagi untuk melihat kedudukan perkakasan yang akan dimasukkan ke dalam makmal komputer. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan kita untuk menentukan keluasan ruang akan diukur dan dapt mengesan kerosakan dengan cepat.

2.0. 3 jenis pelan yang utama perlu disediakan. 
# Floor Plan ( Pelan Lantai ).
# Cabling and Network Infrastructure Layout.
# Electrical Infrastructure Layout.

 2.1. Floor Plan Layout. - Adalah satu pelan yang menerangkan keadaan dalam sesebuah bilik atau bangunan yang akan dipasang dengan sistem rangkaian.

 2.2. Cabling & Network Infrastructure Layout. - Adalah satu pelan yang menerangkan keadaan pengkabelan sistem rangkaian dalam bilik atau bangunan tersebut.

 2.3. Electrical Infrastructure Layout. - Merupakan satu pelan yang digunakan berasaskan pelan lakaran pendawaian dan juga pelan lantai.

INSTALL COMPUTER NETWORK CABLING : 
Tujuan kami mempelajari ini ialah, intended to describe on using computer network layout plan, standard operating procedures, computer network system documentation, computer network cables, network connectors, network tools.

PENGENALAN KABEL KOMPUTER.

kabel merupakan satu media di mana maklumat berhijrah dari satu peranti rangkaian ke satu peranti rangkaian yamg lain.

5 JENIS KABEL YANG DIGUNAKAN DI DALAM RANGKAIAN. 
I. kabel tidak berlapik pasangan berpintal ( unshielded twisted pair “UTP”)
II. Kabel berlapik pasangan berpintal ( shielded twisted pair “STP” )
III. Kabel sipaksi ( coaxial )
IV. Kabel fiber optic
V. penghantaran tanpa wayar ( Wireless Transmission )

 a) UNSHIELDED TWISTED PAIR (UTP). 
- kabel pasangan berpintal ( twisted pair )
hadir dalam dua bentuk :
1. Berlapik ( shielded )
2. Tidak berlapik ( unshielded )

KATEGORI KABEL UTP KATEGORI KABEL KEGUNAAN 
Kategori 1 ( Cat 1 ) Kualitas suara analog
Kategori 2 ( Cat 2 ) Transmisi suara digital hingga 4 megabit perdetik
Kategori 3 ( Cat 3 ) Transmisi data digital hingga 10 megabit perdetik
Kategori 4 ( Cat 4 ) Transmisi data digital hingga 16 megabit perdetik
Kategori 5 ( Cat 5 ) Transmisi data digital hingga 100 megabit perdetik Enchanced category 5 ( Cat 5e ) Transmisi data digital hingga 250 megabit perdetik

 b) KABEL KOAKSIAL ( COAXIAL ) 
- kabel koaksial ini mempunyai satu wayar tembaga yang bertindak sebagai media pengalir elektrik yang terletak di tengah-tengah.

 PENYAMBUNGAN KABEL KOAKSIAL. 
1. Penyambungan yang sesuai digunakan dengan kabel koaksial ialah BAYONENEIL-COUNCELMAN ( BNC )
2. Adapter yang berlainan disediakan untuk penyambungan BNC dan ini termasuklah connector, pemula & pemutas litar ( Terminator )
3. Penyambungan bagi kabel merupakan takat paling lemah bagi sesuatu rangkaian

 c) KABEL FIBER OPTIK - 
pengkabelan fiber optic mengandungi satu teras yang dibuat daripada kaca yang terletak di tengah-tengah. Selain itu, kabel ini dikelilingi oleh beberapa lapisan bahan pelindung dan ia menghantar cahaya & bukannya isyarat elektronik & mengurangkan masalah gangguan gelombang frekuensi bahan elektrik. Selain itu, jaket luar pelindung diperbuat daripada telefon atau PVC dan fiber Kevlar ini membantu memperkuatkan kabel & menghalangnya daripada patah. Terdapat satu lapisan plastic bertindak sebagai pelapik kepada fiber di tengah. Selain itu, wayar yang berada di tengah-tengah diperbuat daripada fiber plastik atau kaca.

PENYAMBUNGAN FIBER OPTIK. 
1. Penyambungan yang lazim digunakan dengan kabel fiber optic ialah penyambung ST. ia berbentuk barel & hampir sama dengan penyambung BNC.
2. Satu lagi penyambung yang baru di perkenalkan ialah SC & kini menjadi kian popular. Ia bermuka segiempat sama & lebih mudah disambungkan di tempat yang terhad.

 d) PENGHANTARAN TANPA WAYAR. 
- Tidak semua rangkaian dihubung menggunakan kabel kerana ada juga rangkaian yang menggunakan transmisi @ penghantaran tanpa kabel. Selain itu, penghataran cara ini menggunakan isyarat radio berfrekuensi tinggi @ sinar cahaya infra merah untuk berkomunikasi di antara stesen kerja & fail pelayan. Bukan itu saja, setiap stesen kerja & fail pelayan yang mempunyai satu penghantaran isyarat @ antenna bagi membolehkan data dihantar dan diterima.

 TERDAPAT BEBERAPA TIPS YANG PERLU KITA LAKUKAN SEMASA MELAKUKAN PENGKABELAN ANTARANYA : 
1. Selalu menggunakan kabel yang lebih panjang dari yang diperlukan. Jangan terlalu longgar atau terlalu tegang kabel tersebut.
2. Setiap bahagian kabel hendaklah diuji semasa menyambung kabel. Walaupun kabel yang baru tidak semestinya ia tidak bemasalah dan adalah sukar untuk mengesan masalah tersebut nanti.
3. Jarakkan kira-kira 3 kaki dari lampu florensen dan perkakasan lain yang bergelombang elektrik.
4. Jika perlu kabel merentangi lantai, tutuplah kabel tersebut dengan penutup kabel yang selamat.
5. Labelkan kedua-dua pemula & penhujung kabel.
6. Gunakan pengikat kabel yang betul & bukannya pengikat kabel plastic sebagai contoh salotep bagi mengelakkan kabel pada kedudukannya yang sebenar.


No comments:

Post a Comment