Dalam bidang sains komputer, sistem pengendalian ialah sekumpulan atur cara komputer yang menguruskan sumber perkakasan dan perisian bagi sesebuah komputer. Ia memproses sistem mentah dan input pengguna lalu membalas dengan memperuntukkan serta menguruskan tugas dan sumber sistem dalaman sebagai suatu perkhidmatan kepada para pengguna dan atur cara sistem. Pada asasnya, sesebuah sistem pengendalian akan melakukan tugas asas yang berikut:
- mengawal dan memperuntukkan ingatan;
- menjadualkan permintaan sistem;
- mengawal peranti input dan peranti output;
- memudahkan perangkaian; dan
- menguruskan sistem fail.
Kebanyakan sistem pengendalian membekalkan atur cara penggunaan yang menawarkan antara muka kepada sumber yang diuruskan oleh sistem pengendalian. Atur cara penggunaan ini mempunyai pentafsir garis perintahsebagai antara muka pengguna asas tetapi sejak pertengahan dekad 1980-an, ia telah digantikan denganantara muka pengguna grafik (GUI) untuk memudahkan pengendalian.
Sistem pengendalian pada dirinya tidak mempunyai sebarang antara muka pengguna kerana penggunanya ialah atur cara penggunaan dan bukan manusia. Sistem pengendalian ialah pelantar untuk perisian sistem yang lain dan juga untuk perisian penggunaan. Antara sistem pengendalian yang paling popular ialah Microsoft Windows, Linux, dan Mac OS. Microsoft Windows menguasai bahagian pasaran yang terbesar dalam pasarankomputer meja dan komputer riba, manakala pelayan sesawang biasanya menggunakan Linux atau sistem ala UNIX yang lain.[1] [2] UNIX juga banyak digunakan di institusi akademik. Disebabkan ia percuma dan bebas, Linux kini telah mula mendapat tempat di sebahagian syarikat yang dulunnya menggunakan Windows.
Pasaran komputer kerangka utama dan komputer terbenam pula terbahagi kepada sebilangan sistem pengendalian, dengan sesetengahnya tidak berkaitan langsung dengan keluarga Windows atau Unix.
No comments:
Post a Comment