PENGENALAN
Apabila orang memikirkan tentang komputer, mereka selalunya memikirkan tentang perkakasan seperti papan kekunci,monitor,pemproses dan lain-lain. Bagaimanapun,sebenarnya perisian iaitu set suruhan terancang dan langkah demi langkah adalah diperlukan untuk menukar data menjadi maklumat yang membuatkan komputer berguna.Umumnya, perisian boleh dikategorikan sebagai perisian sistem atau perisian aplikasi. Bagaimanapun, perisian sistem jarang diperkatakan. Lazimnya perbincangan berkisar tentang subset perisian sistem yang dikenali sebagai sistem pengoperasian. Sistem pengoperasian adalah perisian asas yang terdapat pada semua komputer. Sebenarnya perisian sistem terbahagi kepada sistem pengoperasian, atur cara utiliti,pemacu peranti dan penterjemah bahasa.Sistem pengoperasian mempunyai beberapa fungsi dan ciri-ciri seperti multi tugasan, multipengguna, multipemproses dan lain-lain. Ada banyak jenis sistem pengoperasian di pasaran dan setiap satu mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Windows adalah sistem pengoperasian komputer peribadi yang paling popular dan dibangunkan oleh syarikat Microsoft. Unix pula banyak digunakan pada sistem pelayan. Linux pula mempunyai beberapa ciri-ciri Unix dan semakin popular kerana ia adalah sistem pengoperasian yang percuma dan boleh harap. Perisian komputer dibangunkan dengan bahasa pengatur caraan. Terdapat banyak jenis bahasa pengatur caraan seperti bahasa imperatif, berorientasikan objek, bahasa berasaskan logik dan bahasa berasaskan fungsi. Setiap bahasa mempunyai kelebihan yang tersendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah
PERISIAN SISTEM
Perisian adalah arahan yang dilarikan pada komputer. Perisian sistem bertujuan untuk menghidupkan komputer dan ia terletak di belakang perisian aplikasi. Ia juga menyelaras komponen-komponen perkakasan dan perisian aplikasi. Perisian sistem membolehkan pengguna berinteraksi secara terus dengan komputer.Perisian sistem mengendalikan kerumitan fizikal perkakasan komputer. Antara peranan utama perisian sistem ialah memberitahu komputer bagaimana menterjemah data dan suruhan, bagaimana menjalankan peranti komputer seperti pencetak dan pemacu cakera dan bagaimana menggunakan perkakasan komputer.Perisian sistem terbahagi kepada empat kategori iaitu
- Sistem Operasi
- Atucara Utiliti
- Penterjemah Bahasa
- Pemacu Peranti
Jenis-Jenis Perisian Sistem
1. Sistem Pengoperasian
Adalah atur cara yang menjalankan mikrokomputer anda. Ia menyelaras sumber, menyediakan antara muka pengguna dan komputer serta menjalankan aplikasi
2. Atur Cara Utiliti
Melaksanakan tugas khas yang berkaitan dengan pengurusan sumber komputer atau fail. Ia termasuk atur cara yang membantu pengguna mengenalpasti masalah pada perkakasan, mencari fail yang hilang dan membuat salinan sandaran data. Dalam erti kata lain, atur cara utiliti berfungsi sebagai pengimbas virus, pengformat cakera keras, perisian pemampat dan perisian membuat salinan.
3. Pemacu Peranti
Adalah atur cara yang direkabentuk khas untuk membenarkan peranti input dan output berkomunikasi dengan lain-lain sistem komputer
4. Penterjemah Bahasa
Menterjemah arahan pengatur caraan yang ditulis oleh pengatur cara ke dalam bahasa yang difahami dan diproses oleh komputer. Penterjemah bahasa akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian bahasa pengatur caraan.Penterjemah bahasa meliputi pengkompil, penterjemah dan penghimpun.
No comments:
Post a Comment