Sunday, 10 August 2014

PERISIAN PENGGUNAAN

Perisian penggunaan (bahasa Inggeris Application software) merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna. Ini adalah berbeza dengan perisian sistem yang membabitkan menyatukan pelbagai keupayaan komputer, tetapi biasanya tidak menggunakannnya secara langsung bagi melaksanakan tugasan yang menguntungkan pengguna. Dalam ertikata ini, istilah penggunaan merujuk kepada kedua-dua perisian penggunaan dan perlaksanaannya.
Perumpamaan yang sama, sungguhpun kurang sempurna, dari segi hardware merupakan kaitan antara mentol lampu eletrik (penggunaan) kepada logi janakuasa eletrik (sistem). Logikuasa hanya menghasilkan eletrik, iasendiri tidak berguna sehingga digunakan bagi penggunaan seperti mentol lampu yang menghasilkan perkhidmatan kepada pengguna.
Contoh biasa penggunaan perisian adalah pemproses katahelaian kerja, dan pemain media.
Beberapa perisian penggunaan disekalikan sebagai satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suit penggunaan. Sebagai contoh biasa, Microsoft Office dan OpenOffice.org, yang membungkus sekali pemproses kata, helaian kerja, dan beberapa perisian penggunaan kecil. Perisian penggunaan berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai antaramuka pengguna yang mempunyai persamaan menjadikannya mudah bagi pengguna bagi belajar dan menggunakan setiap perisian penggunaan. Dan sering kali ia mempunyai keupayaan bagi berinteraksi sesama sendiri dalam cara yang memberi menafaat kepada pengguna. Sebagai contoh, helaian kerja mungkin mampu dimasukkan kedalam dokumen pemproses kata sungguhpun ia pada awalnya dibuka dalam perisian helaian kerja yang berlainan.
Pembangunan pengguna akhir menyesuai sistem bagi memenuhi kehendak khas pengguna. Perisian ditulis pengguna termasuk templat helaian kerja, makro pemproses kata, simulasi saintifik, skrip grafik dan animasi. Malah penapis surat-E merupakan sejenis perisian pengguna. Pengguna mencipta perisian ini sendiri dan sering memandang rendah kepentingannya.
Dalam sesetengah sistem terbenam, perisian penggunaan dan sistem pengendalian mungkin tidak dapat dibezakan oleh pengguna, sebagaimana perisian yang digunakan bagi mengawal pemain VCRDVD atau ketuhar gelombang mikro.

No comments:

Post a Comment