OSI Systems, Inc adalah pembekal bersepadu menegak sistem elektronik dan khusus bagi komponen yang memenuhi keperluan kritikal dalam industri keselamatan tanah air, penjagaan kesihatan, pertahanan dan aeroangkasa. Sebagai sebuah syarikat global, kami berdedikasi untuk membangunkan penyelesaian untuk pelanggan-pelanggan kami dan orang-orang mereka berkhidmat untuk memimpin jalan ke dunia yang lebih selamat dan sihat.
Tuesday, 12 August 2014
Sunday, 10 August 2014
PERISIAN HAMPARAN ELEKTRONIK / MICROSOFT EXCEL
Mikrosoft Excel ialah program hamparan elektronik yang membolehkan anda menguruskan data, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, menyediakan graf, menyelesaikan pengiraan, membuat keputusan, mengyediakan graf dan menyediakan laporan professional. Pogram Excel terdapat TIGA bahagian utama:
Lembaran kerja – Lembaran kerja membolehkan anda memasukkan, mengira, manipulasi dan analisis data seperti nombor dan teks.
Pangkalan Data – Excel dapat menguruskan data contoh jika anda memasukkan data baru dalam lembaran kerja, excel akan sisih, mencari data dengan tepat dan memilih data mengikut criteria.
Graf– Grafik carta yang mempersembahkan data. Excel boleh menghasilkan carta 2D dan 3D seperti graf kolum, carta pie dan lain-lain.
PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
PERISIAN PERSEMBAHAN ELEKTRONIK
Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.
Persembahan
Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai.
Powerpoint 2007 merupakan perisian persembahan elektronik yang mempunyai banyak ciri-ciri baru dan serupa versi sebelumnya yang dapat dimanfaatkan. Microsoft Powerpoint menyediakan beberapa kaedah bagi membolehkan seseorang pengguna membina atau menghasilkan satu siri slaid atau persembahan elektronik yang diingini.
Persembahan
Sebuah persembahan adalah pengumpulan data dan maklumat yang perlu disampaikan kepada audien yang spesifik. Sebuah persembahan Powerpoint mengandungi kumpulan gambar elektronik yang terdiri daripada teks, grafik, imej, jadual, audio dan video. Koleksi ini dapat berjalan secara automatik atau boleh dikendalikan oleh penyampai.
PERISIAN PEMPROSESAN PERKATAAN
Perisian Pemprosesan Perkataan
- Perisian pemprosesan maklumat merujuk kepada perisian yang digunakan untuk mengolah, menyusun dan membentuk teks,menyimpan dan mencetak dokumen. Pemprosesan perkataan selalunya digunakan untuk menaip dokumen seperti surat, laahkabel, laporan, kertas kerja dan lain-lain. Ia juga memudahkan peengguna untuk menyemak ejaan. Selain itu, perisian pemprosesan perkataan juga memudahkan penghasilan dokumen yang sama untuk pelbagai data contohnya cantuman mel. Contoh perisian pemprosesan perkataan ialah MS Word, Lotus Word Pro, Word Star, Wort Perfect.
- Perisian Pemprosesan Perkataan biasa digunakan untuk penulisan laporan, jurnal dan sebagainya kerana perisian Pemprosesan Perkataan membolehkan kerja-kerja penyuntingan dilakukan dengan mudah dan sistematik. Selain itu, perisian ini mempunyai ciri-ciri utama yang lain semasa menyediakan dokumen, termasuklah:
· Menghasilkan dokumen dengan memasukkan teks (Writing), teks yang berbeza saiz, font dan stail sama ada digariskan atau dihitamkan.
· Menyunting dan mengubah teks (Editing),
· Memadam teks (Deleting),
· Menyelaraskan rupa bentuk dan penampilan dokumen (Formatting),
· Menyisip, menyalin dan menampal teks (Copy & Paste),
· Menyemak ejaan dan tatabahasa (Spelling & Grammar),
· Mencari perkataan seerti atau sinonim (Thesaurus),
· Mengimport grafik dari mana-mana sumber, (Insert)
· Menyimpan hasil untuk diedit semula (Save),
· Beberapa salinan cetakan boleh dibuat pada dokumen yang asal (Print),
· Membina surat dengan membuat cantuman mel (Mail Merge),
· Membina Header dan Footer,
Membina Jadual dan Indeks dan lain-lain
PERISIAN ANTIVIRUS
Sebelum kita mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai perisian antivirus, kita perlu mengetahui apakah takrif atau definisi perisian antivirus tersebut. Perisian antirivirus adalah sejenis perisian yang digunakan untuk mengesan tanda-tanda kemunculan virus di dalam komputer. Pada masa kini terdapat pelbagai jenis perisian antivirus yang menawarkan pelbagai kemudahan seperti auto scan, click and clean dan sebagainya. Kesemua perisian ini bertujuan untuk melindungi komputer kita daripada gangguan virus komputer yang pelbagai. Berikut adalah diantara perisian antivirus yang berada di pasaran dan laporan mengenainya
Dr.Solomon Antivirus Toolkit
Perisian ini dikatakan adalah yang terbaik kerana ia mampu mengesan semua jenis virus dan hampir 89 peratus virus berjaya dihapuskan. Dari segi kelemahan pula, perisian ini dikatakan agak mahal dan sukar untuk mendapatkan perisian yang terkini (update) kerana penghantaran hanya melalui/menggunakan disk.
Walaupun harganya agak mahal iaitu US$85. Ia adalah yang terbaik kerana mampu mengesan semua jenis virus yang telahpun dikenal pasti melalui satu ujian untuk mengetahui tahap atau mutu sesuatu perisian antivirus yang dikawal oleh NCSA (National Computer Security Association) iaitu sebuah badan yang pakar di dalam bidang virus komputer. Sebanyak 2767 ekor virus telah dikenal pasti dan digunakan di dalam ujian tersebut. Ia dikatakan ramah pengguna kerana tidak memerlukan arahan yang panjang. Anda hanya menekan satu butang sahaja untuk mengesan virus dan semua tugas dilakukan untuk anda. Disamping itu, ia juga mempunyai encyclopedia mengenai virus-virus yang dikenal pasti dan kesan-kesan yang disebabkan oleh virus tersebut. Di samping itu, ia juga menyediakan "Magic Bullet" iaitu "bootable floppy disk" yang membenarkan anda mengesan dan memusnahkan virus di dalam mana-mana sistem komputer. Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut lagi. Anda boleh pergi ke halaman http://www.drsolomon.com
F-Prot Profesional
Perisian ini dikatakan kedua terbaik di dalam mengesan virus. Mempunyai pilihan yang boleh ditentukan oleh kita. Ia juga boleh menghantar email amaran sekiranya virus ditemui. Dari segi kelemahan pula, untuk mengemaskinikan fail pengenalan virus memerlukan password dan pemasangan semula "reinstallation". Dari segi harga juga, ia adalah lebih mahal berbanding dengan Dr.Solomon. Walaupun agak mahal iaitu dengan harga US$99, ia merupakan antivirus yang paling berkesan dan aggrasive dimana ia boleh mengesan virus bagi kawasan LAN. Sekiranya anda merupakan pengguna windows 95 atau perisian yang tidak disambungkan dengan mana-mana komputer lain. F-Prot adalah tidak sesuai untuk anda. Menurut ujian yang dijalankan, F-Prot berjaya mengesan hampir 99 peratus jenis virus dan berjaya menghapuskan sebanyak 78 peratus daripada virus yang ditemui.
Ciri-ciri yang ditawarkan juga agak mudah. Ia membenarkan anda untuk mengesan tempat-tempat tertentu dengan mengikut jadual-jadual tertentu. Ini dapat menjimatkan masa dengan membiarkan fail yang telah dikesan dan telah pasti bahawa tiada mempunyai tanda-tanda diserang virus. F-Prot merupakan satu-satunya perisian yang mampu menghantar email sekiranya virus ditemui di dalam sesuatu kawasan LAN. Ia juga mampu menghatar fail yang dijangkiti kepada System Administrator.
I
BM Antivirus Version 2.5
Perisian ini boleh dikatakan agak bagus dari segi mengesan virus. Walaubagaimanapun, agak sukar untuk menghapuskan virus.Menurut laporan IBM Antivirus menggunakan satu kaedah untuk mengesan virus-virus yang baru. Dengan harga US$49, ia dikatakan agak sesuai dengan harganya yang agak murah disamping mampu mengesanbanyak jenisvirus. Walau bagaimanapu, terdapat banyak kelemahan yang menyebabkan kita sukar untuk mengesyorkan anda menggunakannya.
IBM Antivirus adalah satu-satunya program yang tidak akan menghapuskan virus, melainkan apabila ia pasti bahawa dengan berbuat demikian tidak akan merosakkan fail yang dijangkiti. Sekiranya ia menjumpai virus yang tidak boleh dibuang, anda terpaksa membuat pilihan untuk memadamkan sahaja fail tersebut. Ini bermakna anda terpaksa memasangkan semula program asal. Walau bagaimanapun, sebagaimana program sebelum ini, ia mampu menghapuskan 100% jenis "boot virus ". Walaubagaimanapun, antara ciri-ciri lain adalah, IBM Antivirus hanya membenarkan anda membuat "bootable emergency disk" semasa pemasangan sahaja. Untuk membuat "bootable emergency disk" anda terpaksa mengulangi proses pemasangan sekali lagi. Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut lagi, bolehlah pergi ke alamat http://www.av.ibm.com
Diantara perisian antivirus lain yang boleh didapati ialah seperti
Mcafee Virusscan for windows 95,
Norton Antivirus 2.0 for windows95,
Trend Micro Inc. PC-Cilin dan juga Thunderbyte Antivirus Utilities.
Alamat-alamat bagi syarikat ini ialah:
PERISIAN PERSEMBAHAN
Mengenai Perisian Aplikasi Persembahan (powerpoint)
PowerPoint
Persembahan PowerPoint terdiri daripada beberapa halaman individu atau "slaid". Analogi "slaid" adalah merujuk kepada projektor slaid. Slaid boleh mengandungi teks, grafik, bunyi, wayang, dan objek lain yang boleh diatur secara bebas. PowerPoint memudahkan penggunaan gaya yang konsisten dalam persembahan menggunakan template atau "Master Slide".
Pembentangan boleh dicetak, dipaparkan secara langsung pada komputer, atau dilayari melalui perintah penyampai. Bagi penonton yang lebih besar paparan komputer sering dijangka menggunakan projektor video. Slaid juga boleh membentuk asas Webcasts.
Apakah kegunaan Microsoft Powerpoint pada masa kini?
Microsoft Power Point membantu sebuah persembahan visual menjadi lebih menarik dan jelas. Microsoft Power Point juga membantu dalam penyedian slide, outline presentation, presentation eletronik, menampilkan slide yang dinamik, termasuk clip art yang menarik, yang semuanya itu mudah ditampilkan di layar monitor komputer ataupun di layar putih.
Microsoft powerpoint mempunyai fungsi untuk membantu membentangkan laporan. Maksudnya powerpoint boleh menyusun bahan perbentangan dan mempamerkannya dalam bentuk visual yang menarik dalam waktu yang singkat.
Terdapat 5 elemen penting dalam membina persembahan. Berikan penerangan bagi setiap elemen-elemen tersebut:
Teks :
Perkataan merupakan unsur terpenting setiap persembahan dan power point.Ia menyediakan banyak alat pemprosesan perkataan untuk membantu menyediakan teks yang mudah dibaca dan bebas dari kesilapan.
Grafik :
Imej boleh ditambah untuk menghasilkan persembahan yang lebih menarik. Alat lukis Powerpoint mudah digunakan oleh sesiapa sahaja.
Audio :
Dapat membantu penyampaian sesuatu maklumat dengan lebih berkesan.
Ø Dapat meningkatkan daya tarikan terhadap persembahan.
Ø Membantu meningkatkan daya tumpuan terhadap isi persembahan.
Video :
Ø Menyediakan saluran informasi tambahan yang menarik dan hidup.
Ø Sumber atau media yang paling dinamik serta efektif.
Ø Satu sumber penyimpanan informasi dan rujukan yang berkesan.
Animasi :
Ø Animasi digunakan untuk memberi gambaran pergerakan bagi sesuatu objek. Animasi boleh digunakan dalam bentuk 2 Dimensi,3 Dimensi ataupun melalui pelbagai kesan khas.
PERISIAN PENGGUNAAN
Perisian penggunaan (bahasa Inggeris Application software) merupakan subkelas perisian komputer yang menggunakan keupayaan komputer secara langsung dan sepenuhnya bagi melaksanakan tugasan yang diingini pengguna. Ini adalah berbeza dengan perisian sistem yang membabitkan menyatukan pelbagai keupayaan komputer, tetapi biasanya tidak menggunakannnya secara langsung bagi melaksanakan tugasan yang menguntungkan pengguna. Dalam ertikata ini, istilah penggunaan merujuk kepada kedua-dua perisian penggunaan dan perlaksanaannya.
Perumpamaan yang sama, sungguhpun kurang sempurna, dari segi hardware merupakan kaitan antara mentol lampu eletrik (penggunaan) kepada logi janakuasa eletrik (sistem). Logikuasa hanya menghasilkan eletrik, iasendiri tidak berguna sehingga digunakan bagi penggunaan seperti mentol lampu yang menghasilkan perkhidmatan kepada pengguna.
Contoh biasa penggunaan perisian adalah pemproses kata, helaian kerja, dan pemain media.
Beberapa perisian penggunaan disekalikan sebagai satu pakej yang kadangkala dikenali sebagai suit penggunaan. Sebagai contoh biasa, Microsoft Office dan OpenOffice.org, yang membungkus sekali pemproses kata, helaian kerja, dan beberapa perisian penggunaan kecil. Perisian penggunaan berasingan dalam satu a suite biasanya mempunyai antaramuka pengguna yang mempunyai persamaan menjadikannya mudah bagi pengguna bagi belajar dan menggunakan setiap perisian penggunaan. Dan sering kali ia mempunyai keupayaan bagi berinteraksi sesama sendiri dalam cara yang memberi menafaat kepada pengguna. Sebagai contoh, helaian kerja mungkin mampu dimasukkan kedalam dokumen pemproses kata sungguhpun ia pada awalnya dibuka dalam perisian helaian kerja yang berlainan.
Pembangunan pengguna akhir menyesuai sistem bagi memenuhi kehendak khas pengguna. Perisian ditulis pengguna termasuk templat helaian kerja, makro pemproses kata, simulasi saintifik, skrip grafik dan animasi. Malah penapis surat-E merupakan sejenis perisian pengguna. Pengguna mencipta perisian ini sendiri dan sering memandang rendah kepentingannya.
Dalam sesetengah sistem terbenam, perisian penggunaan dan sistem pengendalian mungkin tidak dapat dibezakan oleh pengguna, sebagaimana perisian yang digunakan bagi mengawal pemain VCR, DVD atau ketuhar gelombang mikro.
Subscribe to:
Posts (Atom)
