Topologi cincin
Topologi cincin adalah satu topologi rangkaian komputer di mana setiap nod disambungkan dengan
dua nod yang lain, membentuk satu laluan sejajar tunggal untuk penghantaran
isyarat terus ke setiap nod. Data akan melalui dari setiap nod ke setiap nod
seterusnya, setiap laluan nod yang dilalui akan menerima setiap paket data.
Oleh kerana topologi cincin
menyediakan hanya satu laluan di antara dua nod, topologi ini mungkin akan
terganggu jika berlaku kegagalan di antara satu pautan. Satu nod gagal
berfungsi atau kerosakan kabel berlaku menyebabkan semua nod akan terasing dari
topologi cincin.
Rangkaian FDDI dapat mengatasi kelemahan dengan
penghantaran data mengikut arah jam dan arah lawan jam membentukcincin: jika berlaku kegagalan data akan
dihantar balik untuk melengkapkan cincin sebelum ia sampai dihujung kabel, ia
bertindak menyelenggarakan sepanjang setiap nod seperti "cincin C".
Protokol
rangkaian 802.5 -- juga dikenali sebagai rangkaian gelang token IBM -- juga mengelak kelemahan
tersebut: mereka menggunakan topologi
bintang pada lapisan
fizikal dan unit akses
pelbagai stesen untuk meniru cincin pada lapisan pautan data.
Banyak rangkaian cincin
menambah satu "kaunter cincin berputar" untuk membentuk satu topologi
berlebihan.
Kelebihan dan kelemahan topologi cincin
Kelebihan
·
Rangkaian ini tidak memerlukan komputer
pelayan
·
Rangkaian boleh dibina lebih luas menggunakan gelang token
Kelemahan
Satu komputer tidak berfungsi
menyebabkan masalah dalam rangkaian
·
Tidak mudah untuk membaik pulih jika berlaku
kerosakan
·
Kad rangkaian jenis MAU mahal dari kad rangkaian
jenis ethernet
·
Lebih perlahan dari rangkaian ethernet
No comments:
Post a Comment